SADELI – Sate Delivery

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan kepada anda kerana membaca website BERKAT NIAGA ENTERPRISE.

SATE ialah perniagaan saya dan anda pasti tertanya tanya apa maksud SADELI ni.  SADELI bermaksud SATE dan DELIVERY.  Jenama perniagaan sate yang berkonsepkan penghantaran kerumah dan pejabat.

Semua rakyat Malaysia sedia maklum sate adalah makanan kegemaran yang sangat istimewa. Selain daripada harga yang agak mahal sate juga sangat unik kerana rasanya yang sangat sedap dan berbeza antara penjual penjual sate di Malaysia. Ini adalah kerana skill dan pengalaman penjual itu semasa mengadun bahan bahan asas seperti serai, rempah dan sebagainya membezakan rasa sate tersebut.

Kesedapan sate tersebut menyebabkan peminat sate akan memandu untuk pergi ke tempat tersebut walaupun jauh. Ini akan menyebabkan kesulitan kepada anda terpaksa berhadapan dengan jalan yang sesak selain kos minyak yang semakin naik. Belum ambil kira dengan tol dan juga parking.

SADELI adalah penyelesaian kepada masaalah anda. Anda cuma perlu buat tempahan dan kami akan hantar ke rumah anda. Anda akan berasa lebih tenang sambil berbual dengan keluarga atau menonton rancangan di tv, Tak perlu fikir jalan sesak, tol, parking dan sebagainya.

SADELI menawarkan rasa sate seperti cita rasa anda. Resepi ramuan dan bahan bahan yang digunakan adalah hasil ciptaan generasi terdahulu.

In Shaa Allah anda tidak akan kecewa.